Perempuan : Awak . Kenapa awak tak pernah ajak saya tengok wayang atau keluar jalan jalan macam pasangan lain ?
Lelaki : Sahaja …
Perempuan : Sahaja ke atau awak malu nak keluar dengan saya ?
Lelaki : Mana ada …
Perempuan : Kenapa kita tak pernah gayut malam malam macam pasangan lain ?
Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit …
Perempuan : Sampai hati awak kan ? Kenapa ya kawan saya panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?
Lelaki : Geli la perkataan tu … Nak termuntah …
--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat ayat Kekasihnya … Beberapa minit kemudian dia menerima satu Text …
Lelaki : Saya tak pernah ajak awak keluar tengok wayang dengan jalan jalan sebab nanti bila kita dah kahwin , awak takkan rasa bosan nak keluar dengan saya dan saya nak saat itu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya … Lagipun , bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan ? Macam macam boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk malam malam bukan sebab saya nak save kredit ke ape tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awak … Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya … Saya tak panggil awak sayang bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan . Saya sangat mencintai awak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai ape yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri .
Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suami ku . Aku amat menyintaimu . Ya Allah , satukan lah kami dalam ikatan yang sah" ♥